About Us

Progress Link Training & Consultancy was established in 2004 as a registered training provider with HRDF and has since trained hundreds of companies and conducted thousands of  training sessions

m
Follow Us

Kursus Komprehensif Pengendalian & Keselamatan Forklift / Reach Truck

25jun(jun 25)9:00 am26(jun 26)5:00 pmKursus Komprehensif Pengendalian & Keselamatan Forklift / Reach TruckKURSUS 2 HARI (RABU & KHAMIS) LOKASI: BUTTERWORTH, PENANG

Event Details

PENGENALAN KURSUS

Forklift merupakan salah satu jentera asas yang digunakan dalam sektor perindustrian dan pengankutan bagi memindahkan objek, bahan mentah, dan produk siap dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Penggunaan forklift yang cekap dan selamat adalah elemen kritikal dalam operasi kilang dan gudang, kerana ia membantu meningkatkan produktiviti serta memastikan kelancaran proses logistik dan penyimpanan. Namun, untuk memastikan kecekapan operasi, majikan perlu menyediakan peralatan yang sesuai serta memberi latihan yang komprehensif kepada operator forklift bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Setiap tahun, kemalangan yang melibatkan forklift mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan serius, serta kerosakan kepada produk dan harta benda syarikat. Kajian mendapati bahawa sebahagian besar insiden ini berpunca daripada faktor manusia, termasuk kecuaian, kurangnya kesedaran tentang keselamatan, serta amalan kerja yang tidak selamat. Oleh itu, kursus ini dirangka untuk meningkatkan pemahaman operator forklift bukan sahaja dalam aspek teknikal pengendalian jentera tetapi juga dalam aspek keselamatan berasaskan tingkah laku (Behavioural-Based Safety – BBS), yang memberi tumpuan kepada perubahan sikap dan tabiat kerja bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Selain itu, kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi operator forklift, bukan sahaja dari segi kemahiran pemanduan tetapi juga dalam aspek pematuhan kepada peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Peserta akan didedahkan kepada keperluan perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP/OSHA 1994), yang menetapkan garis panduan dan tanggungjawab pekerja serta majikan dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat.

Pada akhir kursus dua hari ini, peserta akan lebih yakin dan mahir dalam mengendalikan jentera forklift dengan selamat, dan akan memupuk sikap tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan sekerja. Pendekatan keselamatan berasaskan tingkah laku (BBS) akan membantu membentuk budaya kerja yang lebih selamat serta mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja secara berkesan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:-

√ Memahami peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, termasuk peranan dan tanggungjawab dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat.

√  Mengenal pasti komponen utama forklift serta melakukan pemeriksaan harian dan penyelenggaraan asas untuk memastikan operasi yang selamat dan efisien.

√  Melaksanakan prosedur penyelenggaraan berkala, merekodkan sebarang kerosakan, dan menyediakan laporan bagi setiap forklift yang dikendalikan.

√  Mengenal pasti punca kemalangan semasa mengendalikan forklift serta mengambil langkah pencegahan yang berkesan berdasarkan prinsip Keselamatan Berasaskan Tingkah Laku (Behavioural-Based Safety – BBS).

√  Meningkatkan pengetahuan tentang teknik operasi forklift yang betul, termasuk kawalan beban, keseimbangan, dan kecekapan pengendalian, dengan memberi tumpuan kepada tingkah laku selamat dalam operasi seharian.

√  Mengendalikan forklift mengikut peraturan keselamatan dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan bagi meminimumkan risiko kemalangan.

√ Menggunakan forklift dengan betul dan selamat, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan, kerosakan harta benda, dan gangguan operasi kerja.

√  Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang proaktif, termasuk mengenali tabiat kerja berisiko dan membetulkan tingkah laku yang boleh membawa kepada kemalangan melalui kaedah BBS.

√  Memupuk sikap tanggungjawab sebagai operator forklift, termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri dan rakan sekerja serta kepatuhan terhadap prosedur keselamatan.

√  Menerapkan amalan keselamatan berasaskan tingkah laku (BBS) dalam operasi harian, bagi mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja dan mewujudkan budaya kerja yang lebih selamat serta produktif.

KHUSUS INI KHAS UNTUK?

Kursus ini sesuai untuk operator forklift, sama ada yang berpengalaman atau masih baharu dalam pengendalian forklift. Selain itu, ia juga bermanfaat bagi penyelia keselamatan (Safety Officer) yang ingin memperoleh pemahaman komprehensif mengenai keselamatan forklift bagi tujuan pelaksanaan dan pematuhan standard keselamatan di tempat kerja.

FAEDAH KURSUS

Kursus ini dapat memberi kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan kepada operator forklift dan menjadikan sebagai amalan harian bagi mengurangkan kadar kemalangan dengan memupuk sikap bertanggungjawab oleh pemandu dan sejurusnya membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos syarikat.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kursus ini menggabungkan teori dan latihan praktikal yang mudah difahami bagi meningkatkan pemahaman peserta, dengan ujian Pre & Post Test untuk menilai tahap pengetahuan mereka. Peserta akan mempelajari teknik pengendalian selamat berdasarkan “Keselamatan Berasaskan Tingkah Laku (BBS)” bagi memupuk amalan kerja yang betul dan mengurangkan risiko kemalangan. Selain itu, kenderaan forklift disediakan untuk sesi latihan praktikal dan penilaian lisan bagi memastikan aplikasi kemahiran yang berkesan di tempat kerja.

PENILAIAN & PENSIJILAN

Peserta yang lulus akan menerima Sijil Kehadiran Kursus dan Lencana Kompetensi Operator Forklift, yang sah selama dua tahun. Bagi memastikan pengendalian forklift yang selamat serta mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja atau jalan raya, peserta disarankan untuk menghadiri Kursus Penyegaran Pengendalian & Keselamatan Forklift sekurang-kurangnya setiap satu hingga maksimum dua tahun.

DURASI KURSUS

2 hari  (9:00 pagi – 5:00 petang)

NOMBOR (PROGRAM ID) YANG BERDAFTAR DENGAN HRD CORP

1000148794

YURAN KURSUS UNTUK PROGRAM AWAM (PUBLIC)

  • Pendaftaran Perseorangan    – RM 1,150.00 seorang
  • Pendaftaran Berkumpulan    – RM 950.00 seorang
  • (Untuk 2 perserta atau lebih dari organisasi yang sama)

Pakej pendaftaran termasuk kos seminar, makan tengahari, minum pagi, minum petang, kelengkapan bahan kursus, sijil &  lencana “Certified Forklift Operator Competent Driver’s badge”

 

PERTANYAAN LATIHAN DALAMAN (IN-HOUSE)
Jika berminat kursus tersebut dijalankan program dalaman (In-House), sila emel kami untuk petanyaan tentang sebut harga : sales@progresslink.com.my atau telefon kami: + 604- 297 6881/ 011-1289 6881.

Untuk jadual kursus- kursus lain, sila kunjungi laman web kami di: www.progresslink.com.my

Daftarlah dengan kami hari ini!

Yuran latihan layak untuk tuntutan dibawah skim “HRD Corp Claimable Courses”.

       

MUAT TURUN SEKARANG!

Sila  KLIK SINI untuk memuat turun butiran kursus ini dan borang pendaftaran dalam format PDF.

atau

DAFTAR DALAM TALIAN 






    ORGANIZATION DETAILS

    PERSON-IN-CHARGE DETAILS

    FOR FURTHER INFORMATION, PLEASE CONTACT US!

    Time

    June 25, 2025 9:00 am - June 26, 2025 5:00 pm(GMT+08:00)

    BUTTERWORTH

    BUTTERWORTH

    No Comments

    Sorry, the comment form is closed at this time.