About Us

Progress Link Training & Consultancy was established in 2004 as a registered training provider with HRDF and has since trained hundreds of companies and conducted thousands of  training sessions

m
Follow Us

Kursus Penyegaran Pengendalian & Keselamatan Forklift/ Reach Truck

22dec9:00 am5:00 pmKursus Penyegaran Pengendalian & Keselamatan Forklift/ Reach Truck1 DAY REFRESHER COURSE (TUE) VENUE: BUTTERWORTH

Event Details

PENGENALAN KURSUS

Adakah operator forklift yang berpengalaman masih mengamalkan teknik pengendalian yang selamat setiap hari, atau mula mengambil mudah kerana sudah biasa dengan kerja harian? Dalam operasi kilang, gudang dan logistik, forklift memainkan peranan penting untuk memindahkan bahan mentah, produk siap, komponen dan objek berat dengan lebih cekap. Namun, walaupun operator telah biasa mengendalikan forklift, risiko kemalangan tetap tinggi sekiranya pemeriksaan, kawalan beban, kelajuan, laluan kerja dan prosedur keselamatan tidak dipatuhi secara konsisten.

Kemalangan melibatkan forklift sering berpunca daripada faktor manusia seperti kecuaian, tergesa-gesa, kurang tumpuan, tidak mematuhi prosedur, gagal membuat pemeriksaan pra-operasi atau mengambil ringan keadaan persekitaran kerja. Insiden seperti pelanggaran, forklift terbalik, beban jatuh, kecederaan pekerja, kerosakan produk dan kerosakan harta benda boleh memberi kesan besar kepada keselamatan, operasi dan kos syarikat.

Kursus penyegaran ini direka khusus untuk operator forklift yang telah berpengalaman, termasuk pemegang sijil latihan forklift dan Competent Forklift Driver Badge. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan semula pengetahuan keselamatan, memperbaiki amalan pengendalian, meningkatkan kesedaran risiko dan memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Melalui gabungan sesi teori, perbincangan isu semasa, penilaian Pre-Test dan Post-Test, latihan praktikal serta penilaian pengendalian, peserta akan dibimbing untuk menilai semula tahap kompetensi mereka dalam situasi kerja sebenar. Kursus ini turut menekankan pendekatan Keselamatan Berasaskan Tingkah Laku (Behavioural-Based Safety – BBS) bagi membentuk sikap kerja yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat. Pada akhir kursus, peserta dijangka lebih yakin untuk mengendalikan forklift dengan selamat serta membantu mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:

√ Memahami peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, termasuk peranan dan tanggungjawab dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat.
√ Mengenal pasti komponen utama forklift serta melakukan pemeriksaan harian dan penyelenggaraan asas untuk memastikan operasi yang selamat dan efisien.
√ Melaksanakan prosedur penyelenggaraan berkala, merekodkan sebarang kerosakan, dan menyediakan laporan bagi setiap forklift yang dikendalikan.
√ Mengenal pasti punca kemalangan semasa mengendalikan forklift serta mengambil langkah pencegahan yang berkesan berdasarkan prinsip Keselamatan Berasaskan Tingkah Laku (Behavioural-Based Safety – BBS).
√ Meningkatkan pengetahuan tentang teknik operasi forklift yang betul, termasuk kawalan beban, keseimbangan, dan kecekapan pengendalian, dengan memberi tumpuan kepada tingkah laku selamat dalam operasi seharian.
√ Mengendalikan forklift mengikut peraturan keselamatan dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan bagi meminimumkan risiko kemalangan.
√ Menggunakan forklift dengan betul dan selamat, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan, kerosakan harta benda, dan gangguan operasi kerja.
√ Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang proaktif, termasuk mengenali tabiat kerja berisiko dan membetulkan tingkah laku yang boleh membawa kepada
kemalangan melalui kaedah BBS.
√ Memupuk sikap tanggungjawab sebagai operator forklift, termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri dan rakan sekerja serta kepatuhan terhadap prosedur keselamatan.
√ Menerapkan amalan keselamatan berasaskan tingkah laku (BBS) dalam operasi harian, bagi mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja dan mewujudkan budaya kerja yang lebih selamat serta produktif.

KURSUS INI KHAS UNTUK?

Kursus ini khas untuk operator forklift yang berpengalaman yang ingin menyegarkan kembali kemahiran pengendalian, memastikan pematuhan kepada prosedur keselamatan terkini, serta mengukuhkan amalan kerja selamat di tempat kerja. Ia juga khas untuk pemegang Sijil Kursus Forklift dan memiliki “Competent Forklift Driver Badge” yang tempoh sah lakunya telah tamat selepas dua tahun.

PRA-SYARAT

Peserta diwajibkan sebelum ini telah menjalani kursus komprehensif untuk menyertai sesi penyegaran ini, sebaliknya kami mengesyorkan peserta untuk menyertai Kursus Komprehensif Pengendalian & Keselamatan Forklift.

FAEDAH KURSUS

Kursus ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan operator forklift, menjadikannya sebagai amalan harian untuk mengurangkan risiko kemalangan. Dengan memupuk sikap tanggungjawab dalam kalangan pemandu, kursus ini dapat membantu meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kadar insiden di tempat kerja, serta mengoptimumkan produktiviti dan kos syarikat.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kursus ini menggabungkan teori dan latihan praktikal yang mudah difahami bagi meningkatkan pemahaman peserta, dengan ujian Pre & Post Test untuk menilai tahap pengetahuan mereka. Peserta akan mempelajari teknik pengendalian selamat berdasarkan “Keselamatan Berasaskan Tingkah Laku (BBS)” bagi memupuk amalan kerja yang betul dan mengurangkan risiko kemalangan. Selain itu, kenderaan forklift disediakan untuk sesi latihan praktikal dan penilaian lisan bagi memastikan aplikasi kemahiran yang berkesan di tempat kerja.

PENILAIAN & PENSIJILAN

Peserta yang lulus akan menerima Sijil Kehadiran Kursus, dan Lencana Kompetensi akan diperbaharui untuk tempoh dua tahun lagi. Ini memastikan operator terus mengamalkan langkah keselamatan yang betul serta mematuhi prosedur terkini dalam pengendalian forklift.

DURASI KURSUS

1 hari (09:00 pagi – 05:00 petang)

NOMBOR (PROGRAM ID) YANG BERDAFTAR DENGAN HRD CORP

1000148799

YURAN KURSUS UNTUK PROGRAM AWAM (PUBLIC)

  • Pendaftaran Perseorangan    – RM 1,000.00 seorang
  • Pendaftaran Berkumpulan    – RM 850.00 seorang

(Untuk 2 perserta atau lebih dari organisasi yang sama)

Pakej pendaftaran termasuk kos seminar, makan tengahari, minum pagi, minum petang, kelengkapan bahan kursus, sijil &  lencana “Certified Forklift Operator Competent Driver’s badge”

PERTANYAAN LATIHAN DALAMAN (IN-HOUSE)
Jika berminat kursus tersebut dijalankan program dalaman (In-House), sila emel kami untuk petanyaan tentang sebut harga : [email protected] atau telefon kami: + 604- 297 6881/ 011-1289 6881.

Untuk jadual kursus- kursus lain, sila kunjungi laman web kami di: www.progresslink.com.my

Daftarlah dengan kami hari ini!

Yuran latihan layak untuk tuntutan dibawah skim “HRD Corp Claimable Courses”.

 

“DAFTAR DALAM TALIAN”






    BUTIRAN ORGANISASI

    BUTIRAN PENGAWAI ORGANISASI

    UNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI!

    Time

    December 22, 2026 9:00 am - 5:00 pm(GMT+08:00)

    BUTTERWORTH

    No. 6 & 8, Lengkok Kapal, Off Jalan Chain Ferry,

    BUTTERWORTH

    Get Directions

    No Comments

    Sorry, the comment form is closed at this time.

    error: Content is protected !!